Khamis, 31 Oktober 2013

JARI JEMARIKU KEMBALI MENARI!

Assalamualaikum,
Sudah lama aku tidak menulis di sini. Mungkin kerana aku terlalu sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga sehingga aku terlupa dah hampir 3 tahun aku tidak menulis. Sedar tak sedar, anakku Nursalam sudah 7 tahun...sudah Tahun 1 manakala Nuramin sudah berada di tadika manakala Ayu yang cantik manis sudah remaja....Tingkatan 3, baru saja dia menamatkan Peperiksaan Menengah Rendah. Semoga Allah izin anak gadis ini berjaya dan memelihara dia untuk langkah yag seterusnya. Tanpa jemu aku mendoakan mereka semua: anak2ku dan anak2 suamiku. Mereka semua sama saja disisiku. Kasih sayangku tidak pernah berbeza kepada mereka.

Ya Allah....berilah aku kemudahan mendidik anak2 kami supaya menjadi hamba-hambaMu yang soleh. Dan, peliharalah anak2 ini dari fitnah dunia, fitnah mati dan fitnah Al Masih Dajjal...Peliharalah iman kami Ya Allah...terutama anak2 kami ini yang mungkin suatu hari kami sudah tidak dapat bersama-sama mereka dan membantu mereka mengenal yang haq dan yang bathil. Janganlah Engkau jerumuskan mereka ke lembah penghinaan. Janganlah Engkau sesatkan mereka, Ya Allah. Sebaliknya....tunjukilah mereka ke JalanMu yang lurus serta bukalah mata hati mereka untuk menerima hidayahMu ya Allah......amin Ya Allah....amin

Ahad, 4 April 2010

Gurindam Allahyarhamah Tok Nab

aAnak2ku,
Biasanya Allahyarhamah Tok Nab bergurindam lagu ini semasa bermain dengan ibu (masa ibu kecik), Pa'ein (anak pakcik nawat) , Kak Wa dan Dina (anak pak cik tofek). Masa tu mereka masih kecil..sempat menatap wajah Tok Nab. Tapi Salam dan Amin lahir selepas beberapa tahun Tok Nab meninggal. Namun, gurindamnya masih diingatan ibu dan ibu juga bergurindam dengannya untuk anak2 ibu.

Ayag Pasang Pagi

Ayag pasang pagi
surut pukui lima
Salam bangun pagi
siram pokok bunga

Pokok bunga melog
tanam tepi kolam
itik bertelog
ayam mengeram


Ayam Putih Punggung

Ayam putih punggung
makan padi jemog
ibu buat roti
bagi bintang timog

Bintang timog tinggi
sampai julai nipah
Alam dok mengaji
Amin mintak serpah

Anak Anjing Kudung

Anak anjing kudung
Salak bawah balai
Ambik Amin dukung
Abah nak pi kedai

Beli tepung gandum
buat roti kirai
kirai atas tumpit
kirai atas talam

Dapat bini cantik
suka jalan malam

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas Allahyarhamah Tok Nab(bonda ibu)....amin

Isnin, 15 Mac 2010

Dialog ibu dan Salam


Ketika aku, salam dan abang kakaknya sedang menonton TV yang memaparkan gambar orang mengusung keranda....


Ibu: Alam.... (nama manjanya)

Nanti bila ibu mati, ibu akan duduk dalam tanah...


Salam: Ibu janganlah.......Alam nak ibu..


Ibu: Ye lah...nanti kalau ibu dah mati, Alam dah tak ada ibu.....


Salam: Alam nak ibu...ibu bawala handphone


Kami semu ketawa mendengar response dari Salam...

Lagu ibu untuk Salam dan Amin

Allah jadikan Salam
Kecil, comel dan manja
Bijak berkata-kata
Semua orangpun suka

Allah jadikan Amin
Mata bulat bercahaya
Pandai mengambil hati
Hormat orang tua-tua

c/o
Salam dan juga Amin
Dua bersaudara
Rajin pergi mengaji
Bahagia ibu dan abah

Allah merahmati, Salam dan juga Amin
Allah merahmati, Salam dan juga Amin

Ahad, 27 Disember 2009

Anak anak ibu

Anak2 ku 2 orang. yang sulung ku namakan Nursalam dan yang bongsu suamiku namakan Nuramin. Nursalam 3 tahun dan Nuramin 1 tahun 6 bulan. Sepatutnya Nuramin dah mendapat vaksin yang terakhir tapi kerana kerap demam, kami lewatkan sikit. Nama Nursalam adalah nama ustaz idolaku, Ustaz Nursalam Al Hafiz. MasyaAllah, betapa aku mengagumi kesolehan dan kebolehan ustaz Indon tersebut berceramah....betapa fasihnya beliau membaca ayat2 Al Quran dalam ceramahnya yang menyentuh kalbu...dan kelembutan wajahnya dan cahaya wajahnya yang menampakkan kesolehannya..masyaAllah..lalu aku menyimpan nama itu sejak aku pelajar IPT..sehinggalah aku dapat anakku yang pertama pada Dec 3, 2007 dan kunamakannya Muhammad Nursalam dengan doa....semoga Nursalamku menjadi seorang yang pelembut...baik akhlaknya, tinggi ilmu islamnya dan lebih2 lagi soleh...amin.

Apabila aku melahirkan anak ke dua, aku memberi peluang pada suamiku menamakan anak lelaki kami ini kerana daripada nama2 anak2nya dengan arwah isteri pertama, aku percaya, suamiku tiada peluang menamakan anak2nya. Lalu, suamiku namakannya Muhammad Nuramin. Satu nama yang padaku amat indah yang lahir dari lubuk hati suamiku tercinta. Katanya, Nursalam pandai sebut perkataan "amin" bila bersalam dgn orang..Bijak suamiku.

Pernah suatu ketika sewaktu aku sarat mengandungkan Nuramin, aku telah membeli baby's play pen yang sekali dengan katil bayi...Atas katil bayi tu aku letakkan sebuah patung beruang. Sambil mendukung Nursalam, aku dendangkan lagu dodoi seolah2 aku sedang membuai adik Nursalam yang hendak tidur. Tiba2 aku lihat mata Nursalam bergenang dengan airmata...MasyaAllah...pada usia 1 tahun itu Nursalam sudah memahami akan apa yang akan berlaku....ada baby baru akan muncul dalam hidup kami

Bersama Nursalam dan Nuramin, ada Ayu Farisya yang cantik. Anak gadis suamiku yang bongsu. Pada ketika aku mula bertemu dengannya usianya baru 7 tahun..tapi cara berfikir lebih matang dari usianya. Pada permulaan perkahwinan kami, sukar juga pada permulaannya aku hendak menyesuaikan diri dengannya. Tapi lama kelamaan..Alhamdulillah...aku sudah masak dengan sikapnya dan Ayu juga sudah mula membesar sebagai seorang gadis yang cantik dan sangat manja denganku. Betapa aku menyayangi anak2ku dan Ayu kerana Ayu juga anakku...Ayu yang malang kehilangan ibu ketika masih kecil. Sekarang akulah ibunya...akulah harapannya...akulah tempat mengadunya. Semoga Ayu membesar dan menjadi anak yang baik. Doa ibu, semoga Allah sentiasa memelihara Ayu dan membimbing Ayu...Amin